Mesej 'Akhir Masa' Daripada Aim Crossfire

ALBUM: AKHIR MASA
ARTIS: AIM CROSSFIRE
© 2022 | QUANTIZE STUDIO & PRODUCTION

Pada tahun 2021, Aim Crossfire memulakan perjalanan solo menerusi album sulungnya, Bahath. Walaupun ketika itu negara masih dibelenggu dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , namun album Bahath mempunyai segmen peminat tersendiri terutama bagi mereka yang membesar ketika era rock 1980-an.

Atas permintaan dan penerimaan peminat, Aim atau nama sebenarnya, Abdul Halim Hussin, tampil dengan album keduanya, Akhir Masa.

Kekal dengan penerbitan dalam bentuk fizikal (cakera padat), album Akhir Masa memuatkan lapa buah lagu  iaitu Mainan Kotor, Sahabat, Ku Beri Kau Ruang, Badai, Kekalutan, Realiti dan Fantasi 2022, Akhir Masa,dan Andai Suatu Realiti.

Manakala baki dua trek lagi merupakan minus one bagi lagu Mainan Kotor (minus one) dan Andai Suatu Realiti (minus one).

Walaupun kekal dengan genre rock, album kali ini kedengaran lebih keras dan berat dari segi muziknya. Menurut Aim, pemilihan muzik yang lebih keras ini dibuat atas permintaan para peminat sendiri.

Di sebalik rock, album Akhir Masa merupakan sebuah naskah muzik ketuhanan. Bait-bait lirik dalam setiap lagu dalam album ini lebih ke arah keagamaan. Malah, mesej Akhir Masa itu sendiri lebih kepada seruan untuk manusia kenal diri sendiri sebelum menghadap Sang Pencipta.

Selain dengan lagu-lagu baharu, Aim turut memberi nafas baharu bagi lagu Realiti dan Fantasi, lagu yang pernah menaikkan nama Crossfire suatu ketika dahulu. Secara tak langsung, terubat jua kerinduan peminat terhadap kumpulan Crossfire.

Semua lagu album ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aim Crossfire sendiri kecuali lagu Badai yang liriknya ditulis oleh Rosli Ahmad. Rakaman album ini dibuat sepenuhnya di Quantize Studio, Batu Pahat, Johor. 

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling