Penubuhan KACA Simbol Solidariti Selebriti Bersama al-Aqsa - MAPIM


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah melancarkan Ikatan Selebriti Pencinta Al Aqsa (KACA). 

Menurut Presiden MAPIM, Mohd. Azmi Abdul Hamid, KACA ditubuhkan sebagai wadah untuk melibatkan para seniman dan selebriti tanah air untuk bersama menyokong perjuangan mempertahan kesucian Masjid Al Aqsa yang kini diceroboh oleh zionis Israel. 

“Pencabulan Zionis Israel terhadap Masjid Al Aqsa memerlukan semua pihak yang cintakan kebenaran dan keadilan berkaitan status masjid tersebut perlu terlibat mengukuhkan kempen melindungi Al Aqsa. 

 Kami menyeru semua seniman dan selebriti tanah air memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu Masjid Al Aqsa,”katanya dalam satu kenyataan. 

Tambah Mohd.Azmi, adalah menjadi kewajiban semua selebriti menggunakan pengaruh mereka supaya isu pencerobohan zionis Israel terhadap Masjid Al Aqsa diberi perhatian oleh seluruh rakyat di negara ini. 

Katanya lagi, MAPIM sedang mengembleng para selebriti yang dilantik menganggotai KACA untuk terlibat dalam pelbagai kempen yang dilancarkan.

“Sehingga kini sudah ada selebriti , seniman dan budayawan negara yang menyatakan kesediaan untuk menjadi anggota KACA . 

 “Melalui KACA , kami berharap para selebriti terlibat dalam gerak kerja jelajah penerangan , mengumpul dana Al Aqsa, menarik sokongan peminat, mengumpul tanda tangan , kempen boikot Israel dan kempen bantu murabitun Al Aqsa,”katanya.


Jelasnya lagi,MAPIM akan berusaha agar lebih ramai selebriti tanah air terlibat dalam kempen membela dan melindungi Masjid Al Aqsa. 

“Kami mengalu-alukan golongan seniman dan budayawan untuk mengguna kemahiran mereka mengangkat keprihatinan dunia terhadap pencabulan zionis Israel ke atas Masjid Al Aqsa,”katanya.

Sidang media penubuhan KACA turut dihadiri beberapa artis seperti Rabbani, Daqmie, dan Aeydan.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling