![]() |
MENTARI RAMADAN | MUNIF HIJJAZ Lagu: Munif Hijjaz | Lirik: Firdaus Sahiddin © 2022 | MUNIF HIJJAZ PRODUCTION |
Bergerak pantas dalam bidang seni suara, Munif Hijjaz tidak menunggu masa yang lama untuk menghasilkan sebuah lagi naskah muziknya.
Jika pada tahun 2021, Munif berkolaboratif bersama Zul Rabbani menerusi lagu Ramadan Kareem namun bagi diari 2022 ini, Munif menghasilkan naskah lagu bertemakan Ramadan secara solo berjudul Mentari Ramadan.
Kehadiran lagu ini ibarat tepat pada masanya tatkala Ramadan tahun ini disambut dalam keadaan lebih selesa berbanding tahun 2021 yang menyaksikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih terlaksana.
Alangkah BahagianyaRamadan Selama-Lamanya,Ganjaran Seribu BulanAnugerah yang berkekalan.
Lirik Mentari Ramadan merupakan hasil sentuhan Firdaus Sahiddin (Soutul Amal) ini ibarat satu naskah hati seorang hamba dalam menyambut kehadiran Ramadan kali ini. Bait liriknya cukup tersusun baik dalam susunan bahasa yang begitu mudah untuk difahamkan.
Tambahan pula, pemilihan melodi balada oleh Munif selaku komposer lagu ini menaikkan kesyahduan ketika melayani Mentari Ramadan.
Sama seperti lagu-lagu Munif Hijjaz sebelum ini, kelunakan vokal Munif sendiri berjaya melengkapkan naskah muzik ini menjadi sesuatu yang tak mengecewakan. Malah, Munif merupakan antara penggiat nasyid yang masih istiqamah dengan imej nasyid sebenar.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.