![]() |
CINTA SEJATI | AIMAN SIDEK & ALIN SIDEK Lagu & lirik: Aiman Sidek © 2022 | 4U ENTERTAINMENT |
Sedekad yang lalu, penyanyi Aiman Sidek dikenali menerusi lagu Cinta Terakhir yang berjaya meraih 10 juta tontonan di saluran Youtube.
Penyanyi yang pernah menyertai Akademi Nasyid sekitar tahun 2009 ini, kini tampil dengan lagu terbaharunya berjudul Cinta Sejati.
Diterbitkan oleh 4U Entertainment, Cinta Sejati dirakamkan secara duet bersama adik kandungnya sendiri, Alin Sidek, seorang pensyarah sambilan.
Menurut Aiman, Cinta Sejati mengisahkan tentang cabaran dan dugaan dalam mencari erti cinta sebenar yang tidak dapat ditukar ganti.
Lagu Cinta Sejati mempunyai keunikan tersendiri. Lagu ini kedengaran mempunyai vibe dan feel lagu-lagu hits dari seberang persis karya-karya nukilan dan nyanyian artis-artis hebat Indonesia seperti Melly Goeslaw, Irwansyah, Ari Lasso dan lain-lain.
Masih mengekalkan konsep pop balada, kolaboratif Aiman dan Alin ini tidak mengecewakan. Buktinya, lagu yang dilancarkan sejak 1 April 2022 telah mendapat jumlah tontonan melebihi 100,000 tontonan di saluran Youtube 4U Entertainment.
Malah, lagu ini pernah tersenarai di tangga ke-10 dalam carta trending Youtube. Lagu Cinta Sejati juga telah mendapatkan ribuan perkongsian di TikTok dengan jumlah tontonan lebih 10 juta sebelum ianya dilancarkan lagi.
Lebih menarik, lagu ini turut terpilih sebagai OST bagi telefilem Itulah Takdirnya.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.