Melodi ‘Hari Raya Kita’ Daripada Cahaya Hati & Seedrain

HARI RAYA KITA | CAHAYA HATI x SEEDRAIN
Lagu & Lirik: MJ Seedrain
© 2022 | CAHAYA HATI PRODUCTION

Manifestasi keseriusan Cahaya Hati dan Seedrain akhirnya berjaya melahirkan sebuah lagu bagi memeriahkan lagi warna-warni Aidilfitri.

Hari Raya Kita merupakan ciptaan sepenuhnya MJ Seedrain, manakala susunan muzik menggunakan khidmat Sofi CH dan Fadil CH. 

Proses rakaman lagu ini tidak mengambil masa yang lama. Rakaman di studio Cahaya Hati ini dibuat dalam tempoh kurang dari seminggu, manakala proses mixing dibuat oleh Fadil CH.

Sesuai dengan tema, Hari Raya Kita merupakan satu naskah muzik ringan yang hadir dengan elemen mood lebaran. Daya pengikatnya sudah pasti lirik yang mudah diingat dan disaluyi muzik pop raya yang tidak membosankan.

Kualiti muzik rakaman di studio CH juga boleh dibanggakan. Walaupun sekadar label indie,namun kualiti rakaman semakin baik. 

Kehadiran Hari Raya Kita sekurangnya mengisi kekosongan pop raya nasyid. Kerinduan terhadap pop raya nasyid seperti Zapin Hari Raya (Inteam & UNIC) dan Lebaran Ini (Raihan, NowSeeHeart, Rem, Ajai) pasti terubat.


Kehadiran Hari Raya Kita turut disertakan klip video (MV). Elemen suasana Hari Raya di kampung berjaya menaikkan seri lagu ini. Namun, pemilihan lokasi Taman Tamadun Islam pada pandangan peribadi kurang sesuai dengan citra raya. Cukup sekadar elemen kampung bagi menyerikan lagu raya.

Hari Raya Kita merupakan terbitan Cahaya Hati Production. Klip video lagu ini telah diterbitkan sejak 29 April 2022.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling