![]() |
SALAM KEMAAFAN 2022 | MUNIF HIJJAZ Lagu: Munif Hijjaz | Lirik: Lukhman S © 2022 | MUNIF HIJJAZ PRODUCTION |
Munif Hijjaz sentiasa bergerak pantas dalam merancang dan menerbitkan rakaman baharu. Awal bulan Ramadan, Munif tampil dengan Mentari Ramadan. Maka, bulan Syawal sudah pasti dilengkapkan dengan melodi raya.
Salam Kemaafan 2022 merupakan rakaman baharu bagi lagu raya nyanyian Hijjaz pada tahun 2004. Kali ini, rakaman baharu ini dibawa secara solo oleh Munif.
Menurut Munif, pada mulanya tiada perancangan untuk rakaman lagu raya memandangkan sambutannya yang kurang serta tempoh siaran yang pendek.
Namun segalanya berubah apabila pengurusan Munif Hijjaz Marketing bercadang untuk menerbitkan drama pendek tentang hari raya.
“Dalam mesyuarat sebelum penggambaran drama itu, saya tengok jalan cerita drama pendek ini saya agak tertarik. Jadi sayang kalau ia sekadar didramakan tanpa dimasukkan lagu atau dijadikan video muzik.
Saya pun cadangkanlah supaya lakonan
.drama pendek ini dimasukkan dalam lagu raya, tapi untuk tahun depan 2023. Sebab masa mesyuarat ni, dah masuk bulan Ramadan. Dah masuk minggu kedua Ramadan dah pun,”ujar Munif.
Perancangan itu berubah lagi apabila pengurus Munif Hijjaz Marketing, Abdul Malek Abd Manap mencadangkan agar projek tersebut dilaksanakan tahun ini.
“Alhamdulillah semua sahabat pemuzik sanggup untuk menyahut cabaran last minit ni. Maka dapatlah saya siapkan lagu, muzik, live instrument, termasuk penghasilan video muzik sekali di Kuala Selangor dalam masa seminggu,” tambah Munif dalam catatan di laman Facebook.
Lagu ciptaan Munif dan lirik oleh Lukhman S ini dirakamkan di Sonic Lagend Studio ini berlatarkan muzik pop balada raya.
Walaupun dihasilkan dalam tempoh singkat, kualiti muzik, rakaman dan klip video merupakan kombinasi terbaik untuk menjadikan Salam Kemaafan 2022 sebagai salah satu lagu raya yang perlu didengar.
Salam Kemaafan 2022 merupakan satu lagi terbitan Munif Hijjaz Production.
Post a Comment
Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.