Inteam, PASTI Jalin Kerjasama


Pusat Asuhan Tunas Islam Malaysia (PASTI Malaysia) dan kumpulan nasyid Inteam telah memeterai kerjasama dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sempena Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2022 yang diadakan di Langkawi, Kedah Darul Aman. 

MoU ini bertujuan untuk memasarkan produk digital PASTI secara lebih meluas termasuk mengembangkan animasi Hadi & Huda yang menjadi ikon PASTI. 

Kerjasama Inteam Digital yang berpengalaman dengan jaringan sedia ada khususnya dalam hiburan Islami manakala PASTI yang mempunyai rangkaian tadika antara yang terbesar di Malaysia diharapkan mampu membawa agenda pendidikan berkaitan ke aras yang seterusnya. 


 Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Damanhuri Dol menandatangani MoU tersebut bagi pihak PASTI dengan Pengarah Ekonomi PASTI Saudara Mior Hassan Sazali Mior Hajjar menjadi saksi. 

Manakala pihak Inteam diwakili Syahril Abdul Khalid dengan seorang lagi vokalis Saudara Muhammad Hazamin Harun menjadi saksi. 

Majlis tersebut turut disaksikan oleh Tuan Haji Wan Rohimi Wan Daud (AJK PAS Pusat merangkap Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)) selaku Perasmi Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2022, Saudara Khairul Nadzir Ibnu Helmi (Ketua Penerangan DPPM merangkap Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)) dan saya selaku Ketua Sektor Pendidikan DPPM. 

Inteam turut membuat persembahan istimewa sempena Majlis Sambutan ‘Eidul Fitri Majlis Guru PASTI Malaysia yang turut diadakan pada hari yang sama. 

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling