Dr. Fitri Haris Terbitkan Hasil Kajian Nasyid

Dr. Fitri Haris

Pengalaman lebih 18 tahun dalam bidang nasyid memberi semangat buat Dr. Fitri Haris untuk mengorak langkah terbaru dengan memfokuskan kepada sumbangan legasi ilmu.

Dr. Fitri Hari merupakan Juara Gema Gegar Vaganza 2. Dalam bidang pendidikan, Dr. Fitri Haris merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan seni persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau memegang Ijazah Kedoktoran di dalam bidang Musikologi (Muzik Islam) dari University of Nottingham, United Kingdom.

THIS IS NASYID: SATU KAJIAN UNTUK SEMUA


Terkini, Fitri Haris atau lebih mesra dikenali sebagai Dr. Pit telah bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, melalui Dana Kandungan Digital yang di tawarkan oleh pihak kerajaan.

Dia turut mendapat sokongan daripada SCIMPA, UUM dan Munsyid Malaysia. 

Dr. Pit telah di beri tanggungjawab dalam mengkaji Muzik Nasyid di Malaysia. Antara kandungan yang akan di pasarkan kepada umum adalah apakah sebenarnya Nasyid? Apa yang membezakan nasyid dan Muzik-muzik lagu ketuhanan yang lain, elemen-elemen apakah yang di perlukan bagi meletakkan sesuatu muzik atau lanskap muzik itu sebagai Nasyid? Siapakah Penasyid? Mengapa nasyid semakin suram dan banyak lagi yang berkaitan. 

Semua aspek ini merupakan hasil penemuan kajian ini disatukan dalam modul This Is Nasyid. 

Melalui modul ‘This is Nasyid’ yang di jayakan oleh Dr. Pit, tahun 2020 merupakan tahun ke – 3, beliau memperkasakan modul tersebut dengan beberapa buah negara telah di jelajahi antaranya, United Kingdom dan Mesir. Dengan ujian pandemik Covid 19, perancangan memperkasakan dan mempromosikan modul tersebut terencat yang sepatutnya di jadualkan di pasarkan di negara Morocco.

PENDAKWAH BUKAN ROBOT

Dalam masa yang sama, Dr. Pit turut menolak gambaran negatif warganet terhadap golongan pendakwah. 

Namun bagi Dr. Pit, seeloknya perkara yang tidak baik dilakukan oleh sesiapa pun perlu dijadikan sempadan. 

“Pendakwah memang menyampaikan benda yang baik. Cuma bila tiba satu ujian kepada mereka, perkara itu terus menjadi tumpuan. Mereka (pendakwah) adalah manusia biasa dan bukannya robot. Mereka pun diuji dan saya satu ketika dahulu pun pernah diuji,” katanya.
Mengenai This Is Nasyid, program ini boleh ditonton menerusi saluran YouTube Fitri Haris Official bermula sejak 18 Disember 2020 pukul 9.00 malam.

Post a Comment

Hai, komenlah dengan komen yang murni. '
The Qarya Post tidak bertanggungjawab terhadap komen yang anda tinggalkan.

Previous Post Next Post

Keep Traveling